Labels

Family (2) Holiday (7) Ibadah (1) Kids (1) Kuantan (1) Me (5) Pregnancy (2) Tutorial (1)

Tuesday, February 19, 2013

Family Trip to Padang & Bkt Tinggi Indonesia

Kali ni aku nk bercerita pengalaman pergi ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia...aku pergi bersama Abah, Mak, Kakak dan Thariq...mmg mula2 xder pon rancangan nk ke sini. Tapi bila tgk harga tiket Air Asia pada  masa tu murah...RM8 je seorg, apa lg perkabaran gembira buat aku dan semua rakyat jelata...bincang dgn mak, mak pon setuju...Mak pulak mmg suka beli kain sulam, lg pon Mak kan kaki bizness...So, total cost utk seorg sekali airport tax just RM60/2way...heheh mmg best la...

Day 1
Kami amik tiket awal subuh...dalam jam 6.50pg waktu tempatan...semua anak2 mengantuk, maklumlah jarang bangun pagi...kira drg mandi pon ala2 mandi burung je. Pastu check in di LCCT dan tggu di boarding room sehingga pengunguman trip ke Padang...Bila dah diumumkan, kami pon menaiki ke pesawat yg dituju...Boleh tahan juge ramai penumpang yang hendak ke sana...Ada yg pulang ke kampung dan ada juga yang melancong macam kami...Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 min je...Padang terletak di kepulauan

Otw ke Bkt Tinggi, kami menyusuri jalan dimana sepanjangnya ada sungai yang sangat jernih, segar dan hijau je mata memandang...Sape kata Indon kotor, tak semua tempat kotor ok....Pas2, kami lihat Pasentren (Pondok Belajar Agama Islam) yg adalah dalam 5-6 buah...Ooo rupanya, org Padang/Bkt Tinggi ni kebanyakan beragama Islam...
Breakfast @Restoran Minang
Dalam perjalanan, Abg Tris membawa kami ke Sate Padang...ala2 sate minang la juge...mmg masa tu sgt lapar. Yerla smpai pagi kan...kami makanan nasi padang dimana lauknya sudah terhidang diatas meja...

So, lepas mengenyangkan perut, Abg Tris terus membawa ke hotel yg kami dah booking awal lgi...Nama hotel itu ialah Hotel Champago...harga utk satu malam RM190...taraf hotel ni 3 bintang...
@Hotel Campago, Bkt Tinggi...Indonesia
Apa yg special bilik ni, ia mengadap bukit bukau dan udara wahhh sgt mendamaikan serta daun2 yg hijau menyegarkan mata memandang...sesuai la bg pasangan yg ingin berbulan madu...hehe

Day 2

Kami bangun awal...tp cuaca masih gelap...rupanya waktu disini lambat berbanding di Malaysia...Anak2 semua excited bersiap2 utk pergi breakfast dan berjalan...Apa yang paling penting, I dan mak nk pegi shopping lah! hehe...
Bila semua dah isi perut masing2, kami pon sempat lg bergambar dikawasan hotel sementara menunggu Abg Supir Tris datang...kami amik package lawatan dgn Abg Tris saja memandangkan ia nya murah dan kenderaannya yg disediakan selesa iaitu Toyota Avanza. Dalam masa sentengah jam abg supir kami dtg...dia membawa kami ke Pasar Atas @ Pasar Gadang di area Jam Gadang.

Setelah siap shopping sehingga kering dompet dibuatnya, kami bole berjalan2 sekitar jam Gadang...sambil melayan anak2 naik kuda yg boleh membawa trip berjalan2 dikawasan itu...charge utk naik kereta kuda cuma 60,000rp (RM20) je seround. Asal lps hajat anak2 kan...

Lps tu kami pon pusing2 melawat tempat bersejarah di area ctu..antaranya Lubang Jepang, Muzium MinangKabau, Rumah Hamka dan Danau Malinja. Ok la nk cite satu persatu pasal tempat yg I lawati ni :-
1) Lubang Jepang
Iaitu terowong yang dibina pada tahun 1942 untuk pertahanan tentera Jepun dibawah pemerintahan Jeneral Watanabe.  Lubang Jepang mempunyai pjg 1400 m dan lebar 2 m. Memasuki Lubang Jepang ini dan dengan menelusurinya kita akan merasakan sesuatu yang sangat unik. Didalamnya terdapat ruang makan, ruang minum, ruang penyiksaan, dapur dan ruang senjata. Pintu masuk Lubang Jepang ini terdapat dibeberapa tempat seperti  di tepi Ngarai Sianok, Taman Panorama, dan disamping Istana Bung Hatta atau Tri Arga.

2) Muzium MinangKabau 
Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka menjadi tarikan pelancong di Tasik Maninjau, Sumatera Barat,Indonesia. Muzium ini terletak berhadapan dengan Tasik Maninjau.

Terdapat pelbagai gambar, barang peninggalan , buku kepunyaanulama Nusantara, buya Hamka.
3) Danau Malinja
Melihat scenery Danau Malinjau ni sgt syok tau...mana taknya, ia terletak diatas pergunungan dan dibawahnya terdapat tasik. Klu di Msia, mcm kat Cameron Highlands la...Abg Tris membawa kami ke sebuah gerai yg kecil diperbuat daripada buluh beratapkan nipah utk menikmati secawan kopi. Sambil menghirup kopi kami menikmati pemandangan sekeliling...Mmg satu experience yg tak dapat dilupakan...


Sebelum pulang, kami sempat membeli brg2 cenderahati kpd kawan2 dan sedara mara...Mak dan abah sgt seronok...begitu jua i...ni last pic yg i ambil setelah sampai Msia...yess lah!

Umrah (Makkah Al Mukaramah & Madinah Al Munawarah)

*Kenangan bersama suami di hadapan Masjidil Nabawi
Pengalaman i pergi ke umrah bersama suami mmg tidak dpt dilupakan sampai bila2...Impian i termakbul setelah sekian lama berdoa semoga dapat memijak tempat suci ini...Pada masa tu anak-anak tinggal dgn mak  dan mak mertua..Mmg sedih la sbb tinggalkan mereka kerana selama nie mana pernah berpisah dgn mereka... 

Sebelum bertolak ke Arab Saudi, kami melengkapkan diri dengan berkursus umrah under Andalusia (Travel Ejen yang mengendalikan pakej umrah). Kami menaiki pesawat dr Kuala Terengganu dan tiba di KLIA slps 45min. Masa di KT ramai yang menghantar kami...emak, mentua, anak2 dan sanak saudara. Rasa macam nk gie buat haji pulak...Sampai di KLIA, rombongan kami berkumpul di satu tempat bagi memudahkan pihak Andalusia memeriksa butir2 kami serta passport umrah...sambil itu mereka juge memberi penerangan ttg perkara wajib dan larangan apa yg patut ke sana...Sesudah semua selesai, kami pon bergerak dgn menaiki tren ke penerbangan Arab Saudi....agak jauh juga jaraknya terminal kami sbb pesawat tu agak besar iaitu pesawat jumbo (dua tingkat).

Lepas satu bab....ni bab masa dalam flight pulak...perjalanan mengambil masa 8 jam...seat Saudi Airline agak kecik menyebabkan sukar utk duduk dan tidor...Rasanya Air Asia besar sket...Tp malas nk komen byk2 sbb mak dah pesan jgn mulut x bole ckp lepas2 klu nk ke Tanah Suci...Makan lak, mmg byk kali...rasanya ada 3 kali...tp makanan yg dihidangkan tak la mcm di Msia ada nasik dan lauk pauk...huhu...ni ada spagetti,roti arab,daging bakar...makan aje la wpon bkn selera kita...apa2 alhamdulillah

Madinah Al Munawarah

Sampai di bumi Madinah...perasaan gembira bercampur sedih...mengalir juga la air mata ...kami memohon agar ibadah kami di tanah suci ini diterima oleh Allah swt  amin...Oklah, kami smpai sana dlm jam 2.30 pg (waktu sana) 7.00 pg (waktu tempatan)...terus mutawaif kami membawa ke tempat penginapan yang disediakan. Nama Hotel tu, Hotel Durrat Al Fayroz...lokasinya tidak jauh dari Masjidil Nabawi...kira jaraknya dalam 500m la utk jalan kaki...Kami diberikan kunci serta penerangan utk lawatan keesokan harinya...walaupon waktu jam 2.30pg, aktiviti menjaja dan umat islam ulang alik ke masjid tetap rancak disini...Madinah adalah tempat dimana Rasullah saw mula berhijrah dari Kota Mekah...org2 Madinah sgt baik...mmg patut pon agama islam mudah diterima oleh penduduk disini...
* Berhadapan dengan hotel di Madinah
Keesokan harinya, mutawwif (wanita) membawa kami ke sekitar dan dlm Masjidil Nabawi. Sebelum masuk ke dalam masjid tersebut, terdapat sebuah pintu dinamakan 'Babussalam' bermaksud pintu yang menjadi laluan Rasullah saw suatu ketika dahulu. Tetapi pintu itu hanya dibuka utk org lelaki sahaja. Selain itu, didlm masjid itu terdapat makan baginda Rasullah saw dan para sahabat baginda. Mmg ramai yg menziarahi makam bagida kecuali jika kita diberi rezeki dr Allah, kita dipermudahkan untuk menziarahinya. Tidak jauh dr situ, terdapat sebuah tempat yang namakan 'Raudhah' iaitu dinamakan Taman Syurga...'Raudhah' adalah tempat dimana baginda solat dan menyebarkan ajaran islam...dikawasan itu, terdapat karpet hijau, dimana kita digalakan melakukan solat dhuha dan solat sunat sahaja. Solat hajat tidak digalakkan...


Kemudian, kami dibawa menziarah Jabal Uhud iaitu bukit terbesar di Madinah...mengikut kisah Rasullah saw dahulu, lembah Jabal Uhud ini pernah menjadi saksi perang kaum muslimin yang dasyat seramai 700 org melawan kaum Musyrikin Mekah seramai 3000 orang. Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang syuhada,antara lain Hamzah bin Abdul Munthalib paman Nabi Muhammad SAW. Ditepi gunung tersebuat terdapat perkuburan yang menempatkan para syuhada. 

* Jabar Thur

Disini juga terdapat pasar kurma yg menjual kurma serta makanan dan brgn2 lain yg cukup murah...harganya 2 kali ganda lagi murah daripada di Mekah...so atas nasihat kawan yg memberitahu kami dia pernah kesini...kami pon membeli kurma dan brg2 lain disini...
* Pasar Kurma di Jabal Thur
Selepas itu kami menziarahi Masjid Quba (iaitu masjid yang pertama dibina oleh Rasullah saw) semasa baginda mula2 berhijrah ke Madinah...Sebelum pulang, kami sempat membeli kurma, tamar, zaitun, kacang2 dan tasbih di kawasan situ...mmg murah...tips membeli klu hendak membeli kurma, belilah di Madinah kerana di Mekah, harganya dua kali ganda.
* Berhadapan dgn Masjid Quba' 


Kami tinggal di Madinah selama 3 hari...setiap hari, pasti 5 kali ke Masjidil Nabawi menunaikan solat...sungguh seronok lebih2 lg bila melihat semua manusia berpusu2 utk beribadah...

Makkah Al Mukaramah

Kami meninggalkan Madinah dan menuju ke Mekah siap berpakaian ihram...kami diberi taklimat oleh mutawwif bagaimana ibadah umrah dijalankan...berikut adalah tatacara perjalanan umrah kami :-

PERJALANAN IBADAT UMRAH
  • Mandi sunat ihram (siap2 mandi sunat di hotel ketika di Madinah lagi)
  • Melaksanakan kerja-kerja sunat ihram (antaranya memakaian baju ihram)
  • Pergi ke Miqat di Tana’im atau Ja’ranah (kami Miqat di Masjid Ja'ranah, di Tana'im bg yg tggl di Mekah)
  • Solat sunat ihram dalam masjid (kami pon bersolat sbyk 2 rakaat) 
  • Niat umrah (membaca niat bersama2 jemaah lain)
  • Jaga pantang larang dalam ihram ( 13 pantang larang )
  • Balik ke Mekah (menaiki SUV yg disewa terus ke Masjidil Haram)
  • Banyakkan talbiah sepanjang dalam ihram (Labaikallahummalabaik, labaikkalasyarikalakalabaik, innahamdawani'atmata, lakawalmulk, lasharikalah)
  • Tawaf Umrah di Baitullah 7 keliling (bermula dr tanda lampu hijau)
  • Bacalah apa-papa doa yang termampu (baca doa mengikut buku panduan umrah)
  • Solat sunat di Multazam, Maqam Ibrahim dan lain-lain (solat sunat 2 rakaat)
  • Berdoa ditempat mustajab
  • Minum air Zam-Zam sepuas-puasnya dan niat (sangat sejuk rasanya...memberi tenaga untuk meneruskan saie)
  • Saie antara Safa dan Marwah 7 kali ulang alik (berlari-lari anak...biasanya wanita hanya berjalan kaki...)
  • Berdoa dengan apa saja doa yang termampu (menghadap ke Kaabah)
  • Bertahlul (bercukur / bergunting) di Marwah 
  • Berdoa semasa bertahlul
  • Maka gugurlah 13 pantang larang dalam ihram
  • Maka selesailah pekerjaan umrah (Alhamdulillah)
* Makan dalam dulang bersama 4 org...pengalaman x dpt dilupakan...
* Bersama Kak Lin iaitu kenalan ketika berada di Makkah dan Madinah


* Berada di depan pintu Masjid Nabawi 
* Bergambar dpn Gua Hira'
* Jabal Rahmah 
* Bersama kenalan dari Uzbekistan


* Berjalan kaki 4 km ketika Sa'ie
* Selesai melaksanakan tawaf sbyk 7 kali


* Bermiqat di Tana'im
* Dihadapan pintu King Abdul Aziz, Masjidil Haram
* Menunggu penerbangan dari Jeddah ke Malaysia

Family Trip to Bandung and Jakarta

BANDUNG dan JAKARTA...adalah syurga bagi org yg suka menyoping...menghabiskan rupiahnya yg berjuta2...sesiapa yang pergi Indon pasti kaya la sbb kat sana kita akan bwk berjuta2 rupiah...hehehe 

Kali ni adalah trip bersama family disebelah suami pada 2 Jun - 6 Jun 2011...Pak, Mak, Kak Long & family, Kak Ngah & family, me & family dan Adik...Kami bermalam dulu dirumah Kak Long dekat Shah Alam...semua keluarga berkumpul disitu...So, kami bergerak ke LCCT dengan menaiki kenderaan sendiri dan parking di airport saja....kat LCCT, klu pandai cari tempat parking, charge hanya rm16/day saja...tp jauh la sket kena jalan kaki...Semua ahli keluarga dah berkumpul...kami pon check in dan tggu di boarding room....jam 2.45 ptg pesawat Air Asia kami pon berlepas ke Jakarta....
@LCCT berlepas ke Jakarta
Penerbangan mengambil masa 2.15 jam....anak2 semua x mau tido sbb dah over excited sgt...termasuk la mak2 budak...hehe Kami sampai di Airport Jakarta je, abg supir dah tunggu kami...tak la kami tggu lama2 dekat airport tu...pak supir bawak kami makan dulu memandangkan perut lapar sgt sebelum check in ke hotel....
Waduhhh sudah sampai ke Indon rupanya.....
Kami makan di Restoran Masakan Padang...tp turun je van, peniaga jalanan terus mengekori kami...mcm2 drg jual...ada wallet, tali pinggang, key chain dan mcm2 lagi...Aku ada la beli sket2 sbb kesian jugek tgk drg yg merayu2 tu....mgkin inilah sumber pendapatan mereka....

Dah siap makan, pak supir hantar kami check in hotel yg telah dibooking awal2 oleh travel agent kami...hotel yang berdekatan dgn bandar Jakarta....setiap keluarga kira dapat satu biliklah....

TO BE CONTINUED.....



Sunday, February 17, 2013

Short Trip to Singapore

Kami pergi ke Spore ditemani oleh tourist guide yg x bertauliah, Mr Razi or PapaRazi(best fren Papa masa kat UTM dulu)....Mula2 sampai kami tido kat rumah Mr Razi di Kota Tinggi, Johor...lagipon lama dah x jupe wife Razi...bertolak dr Kuantan dlm tgh hari then maghrib baru sampai Kota Tinggi...

Keesokan harinya baru bergerak ke Spore...Actually masuk ke Spore balik hari je sbb Papa just nk pi tgk showroom Ducati kat Bedok (tak silap nama tempat tu)...Kat bawah ni antara pic yg sempat i candid dgn ala gaya model superbike si cilik...
*Mama yg stylo...ahaks!
*Thariq suka Diavel, papa...
*Streetfighter...idaman Papa
*Mama dan anak pon minat juge...
*Ini pon ok...superbike juga...
*Papa dan Mr Razi with naked superbike...Diavel

























Dengan adanya Mr Razi, senanglah hidup kami...mana taknya request je mana nk pi jalan2...


Second place pulak, kami pi makan2 kat Arab St...tempat nie mmg jadi kewajipan klu dtg Spore...tempat ni jika diikut sejarah, tempat perdagangan pada zman dahulu dimana peniaga2 Arab, Cina, Melayu dan Boyan berniaga disini...itu dipanggil 'Arab Street'. Bangunan2nya yang lama menjadi mercu sejarah disini. Tetapi harga makanan disini sgt mahal. Bayangkan kuih talam 3 biji harganya S$2 (RM4.50)...belum lg makan nasi dan lauk pauk kan...

 Luncheon at Arab Street 
Kiosk2 di Arab St mcm ada jualannya...i sempat la beli keychain, fridgemagnet dan tshirt untuk dijadikan kenang-kenangan utk keluarga dan kwn2. Walaupon harganya mahal tp brg2 ni jarang sekali kita beli kan...
Sekitar Arab Street
Tshirt, Key Chain, FM dll
Kiosk yg cantik2 dan menarik minat pengunjung



Thursday, February 14, 2013

Trip to Guang Zhou & Shenzen

Day 1
Perjalanan dari Kuantan ke KL ke berkonvoi 3 buah kereta (family Yusdi, family Razman dan family Riduan)....memakan masa 4 jam sebab singgah Karak makan durian.....di Karak duriannye fresh sbb baru dipetik dr kebun di Raub....durian paling best ialah musang king, 101 dan D24....Kemudian gerak ke KL....flight kul 8.30 mlm...Alhamdulillah xder flight delay...seramai 30 org, termasuk family dan staff YYA yg turut serta....sampai di GZ jam 12.30 mlm....rupanya time zon Msia dan GZ sama je....kami pon check hotel sbb kemengantukan....zzz
*musang king terbaekk! Nak kasi panas badan sblm ke China...hehe
Day 2
Bangun pagi dan bfast....nasib baik bwk bekal roti dan nescafe....hehehe bukan apa, tau2 je la makanan di China kan....sbb halal atau tidak kita tak tahu....tp tekak tu rasa kembang la juge....lepas makan, kami melawat ke Kedai Sutera di Shen Zhen....pejalanan makan masa 2.30 jam....di sini, bole tahan jg la harga suteranya...dlm range rm100 keatas....ada juge kain sutera dijadikan cadar....sblm kami keluar, kami sempat minum teh laici...
*Ni kat depan kedai sutera tau...kat dlm x bole snap...

Travel ejen membawa kami makan di Restoran Halal sekitar bandar GZ...1st time aku melangkah ke Restoran tu, rasa mcm pernah tgk je kat rancangan Rasal Halal Antarabangsa di hostkan oleh Farah AF2...
*Inilah Restauran yang masuk dlm Rasa Halal Antarabangsa tau
Ni antara menu2 yg enak dan menyelerakan...i mmg suka 'chinese food'...klu kat umah mmg suka masak especially sayur...ermmm
*Telor goreng kacang hitam
*Kambing goreng
*Sweet Sour Tauhu
*Brokoli (mmg like sgt2 la)
Day 3
* With mommy gojes @ Tmn Layang2
Hari ke3 kami di Shen Zhen dan akan bergerak ke GZ pulak.....tp sebelum bergerak, kami singgah melawat di Taman Layang2.....udara kat sini sgt dingin...rasa mcm cukup je oksigen...heheh mcm la selama ini xde oksigen ditempat lain...sambil tu, bole rehat2kan minda yg tensen bekerja sambil melihat anak2 berlari-lari main belon buih....PASTU pada ptg, baru la ptg nya dpt pegi bershopping kat pusat membeli belah terbeso di SZ....mmg mcm2 ada la kat cni...ada hdbeg, toy, ipad, hp,baju brabded semua....
* Abg Polis pakai basikal je....
* Kakak with her boots...murah je RM25/pair

Wednesday, February 13, 2013

All about me...

Actually I create this blog just nk share ngan kawan2 about my life, my passion and my dream....Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi dapat kita sama2 kongsi rahsia dan pengalaman sendiri...



Intro
So, i nak kenalkan diri i...Nama penuh ialah Nor Hasfarina bt Mohamad Najib. Lahir pada 10 April 1980 di Raub, Pahang (actually Raub di kampung halaman sebelah mak). Umur sekarang (dah tu masuk 3series ++) 33 tahun, tp belum masuk lg la....bekerja di LPP Negeri Pahang sebagai kuli batak je....tp alhamdullillah dgn gaji yg ada mampulah utk memiliki rumah dan kereta...serta beli baju sendiri...

Family

I dah kawin hehehe...mistilah la kan kalau tak takkan anak dah 2. My husband namanya Mohd Yusdi. He's owned a company YYA Architect (dah beroperasi selama 4 tahun). Umur my hub's 36 thn...tak la tua sgt kan...Dia sgt workaholic...sgt family person...i luv him so much! hehehe...ok psl anak pulak, i ada 2 kiddos...gugurl sorg &  boboi sorg...gugurl nama Yasmine Kamilia (6 thn) dan boboi nama Muhd. Thariq Uzma (3 thn)....buat masa ni biarlah 2 dulu kot...insyaallah ada rezeki tambah lg...

Workplace

I bekerja di Lembaga Pertubuhan Peladang a.k.a LPP di Negeri Pahang yg makmur dan permai ini...Bekerja mula dr tahun 2004. Masa tu umur i baru masuk 24 tahun tau...muda belia lagi...Mmg keje gov ni relaks sket la drp keje swasta. Mana taknya, gaji setiap tahun naik. Pastu, gov bagi pulak kenaikan setiap 5 tahun skali...Alhamdulillah syukur diatas nikmat yg Allah berikan. Sepanjang 9 thn tu, dah 3 bahagian i bertukar iaitu Caw It, Caw Audit dan Caw Pentadbiran. Byk pengalaman yg telah diambil. hehe...ada bos ok, ada bos lagi ok (x leh komen2 lebey aaa...hehe)

My love <3 <3~


 Kakak Yasmine
Adik Thariq

Dan tak lupa...suamiku dunia dan akhirat


En Ar Yusdi


My 1st posting

Just wanna to say 'Assalammualaikum'....
This is my 1 st blog i ever had...tgk semua org sudah ada blog sendiri...so, kite pon nk ada juga la blog sendiri kan...hehe So bole dikatakan my next project la ni. 
So, I akan terus menulis dan menulis... baibai!
* It's me...masa ni umor baru 28 thn