 |
| *Kenangan bersama suami di hadapan Masjidil Nabawi |
Pengalaman i pergi ke umrah bersama suami mmg tidak dpt dilupakan sampai bila2...Impian i termakbul setelah sekian lama berdoa semoga dapat memijak tempat suci ini...Pada masa tu anak-anak tinggal dgn mak dan mak mertua..Mmg sedih la sbb tinggalkan mereka kerana selama nie mana pernah berpisah dgn mereka...
Sebelum bertolak ke Arab Saudi, kami melengkapkan diri dengan berkursus umrah under Andalusia (Travel Ejen yang mengendalikan pakej umrah). Kami menaiki pesawat dr Kuala Terengganu dan tiba di KLIA slps 45min. Masa di KT ramai yang menghantar kami...emak, mentua, anak2 dan sanak saudara. Rasa macam nk gie buat haji pulak...Sampai di KLIA, rombongan kami berkumpul di satu tempat bagi memudahkan pihak Andalusia memeriksa butir2 kami serta passport umrah...sambil itu mereka juge memberi penerangan ttg perkara wajib dan larangan apa yg patut ke sana...Sesudah semua selesai, kami pon bergerak dgn menaiki tren ke penerbangan Arab Saudi....agak jauh juga jaraknya terminal kami sbb pesawat tu agak besar iaitu pesawat jumbo (dua tingkat).
Lepas satu bab....ni bab masa dalam flight pulak...perjalanan mengambil masa 8 jam...seat Saudi Airline agak kecik menyebabkan sukar utk duduk dan tidor...Rasanya Air Asia besar sket...Tp malas nk komen byk2 sbb mak dah pesan jgn mulut x bole ckp lepas2 klu nk ke Tanah Suci...Makan lak, mmg byk kali...rasanya ada 3 kali...tp makanan yg dihidangkan tak la mcm di Msia ada nasik dan lauk pauk...huhu...ni ada spagetti,roti arab,daging bakar...makan aje la wpon bkn selera kita...apa2 alhamdulillah
Madinah Al Munawarah
Sampai di bumi Madinah...perasaan gembira bercampur sedih...mengalir juga la air mata ...kami memohon agar ibadah kami di tanah suci ini diterima oleh Allah swt amin...Oklah, kami smpai sana dlm jam 2.30 pg (waktu sana) 7.00 pg (waktu tempatan)...terus mutawaif kami membawa ke tempat penginapan yang disediakan. Nama Hotel tu, Hotel Durrat Al Fayroz...lokasinya tidak jauh dari Masjidil Nabawi...kira jaraknya dalam 500m la utk jalan kaki...Kami diberikan kunci serta penerangan utk lawatan keesokan harinya...walaupon waktu jam 2.30pg, aktiviti menjaja dan umat islam ulang alik ke masjid tetap rancak disini...Madinah adalah tempat dimana Rasullah saw mula berhijrah dari Kota Mekah...org2 Madinah sgt baik...mmg patut pon agama islam mudah diterima oleh penduduk disini...
 |
| * Berhadapan dengan hotel di Madinah |
Keesokan harinya, mutawwif (wanita) membawa kami ke sekitar dan dlm Masjidil Nabawi. Sebelum masuk ke dalam masjid tersebut, terdapat sebuah pintu dinamakan 'Babussalam' bermaksud pintu yang menjadi laluan Rasullah saw suatu ketika dahulu. Tetapi pintu itu hanya dibuka utk org lelaki sahaja. Selain itu, didlm masjid itu terdapat makan baginda Rasullah saw dan para sahabat baginda. Mmg ramai yg menziarahi makam bagida kecuali jika kita diberi rezeki dr Allah, kita dipermudahkan untuk menziarahinya. Tidak jauh dr situ, terdapat sebuah tempat yang namakan 'Raudhah' iaitu dinamakan Taman Syurga...'Raudhah' adalah tempat dimana baginda solat dan menyebarkan ajaran islam...dikawasan itu, terdapat karpet hijau, dimana kita digalakan melakukan solat dhuha dan solat sunat sahaja. Solat hajat tidak digalakkan...
Kemudian, kami dibawa menziarah Jabal Uhud iaitu bukit terbesar di Madinah...mengikut kisah Rasullah saw dahulu, lembah Jabal Uhud ini pernah menjadi saksi perang kaum muslimin yang dasyat seramai 700 org melawan kaum Musyrikin Mekah seramai 3000 orang. Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang syuhada,antara lain Hamzah bin Abdul Munthalib paman Nabi Muhammad SAW. Ditepi gunung tersebuat terdapat perkuburan yang menempatkan para syuhada.
 |
* Jabar Thur
|
Disini juga terdapat pasar kurma yg menjual kurma serta makanan dan brgn2 lain yg cukup murah...harganya 2 kali ganda lagi murah daripada di Mekah...so atas nasihat kawan yg memberitahu kami dia pernah kesini...kami pon membeli kurma dan brg2 lain disini...
 |
| * Pasar Kurma di Jabal Thur |
Selepas itu kami menziarahi Masjid Quba (iaitu masjid yang pertama dibina oleh Rasullah saw) semasa baginda mula2 berhijrah ke Madinah...Sebelum pulang, kami sempat membeli kurma, tamar, zaitun, kacang2 dan tasbih di kawasan situ...mmg murah...tips membeli klu hendak membeli kurma, belilah di Madinah kerana di Mekah, harganya dua kali ganda.
 |
* Berhadapan dgn Masjid Quba'
Kami tinggal di Madinah selama 3 hari...setiap hari, pasti 5 kali ke Masjidil Nabawi menunaikan solat...sungguh seronok lebih2 lg bila melihat semua manusia berpusu2 utk beribadah...
|
Makkah Al Mukaramah
Test2
ReplyDelete