Labels

Family (2) Holiday (7) Ibadah (1) Kids (1) Kuantan (1) Me (5) Pregnancy (2) Tutorial (1)

Thursday, March 14, 2013

Family Trip to Vietnam

Pengalaman melancong ke Vietnam mmg tidak dpt dilupakan oleh kami sekeluarga...Mana taknya, selain dari makanan sedap, brg2 jualannya pon murah...Kami pergi bersama 11 org (Papa, Kakak, Adik, Mak, Abah, Mak Teh, Uncle Sutaji dan 3 lagi rakan yg lain).

Day 1

Menaiki flight Air Asia dari aiport LCCT pada jam 8.30 pagi...Mak saudara dan rakan-rakanya dah menunggu disana pada awal pagi lg. Malam sebelum berlepas ke Vietnam, kami menginap di hotel sekitar Bangi. Baiklah, malas nk cerita byk2....aku dan family semua dah siap breakfast....anak2 pulak masih mengantuk lagi masa menaiki perut kapal terbang...perjalanan dari K.Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam 45 minit. Kalau diikutkan tak la jauh sgt mcm pergi ke Sabah selama 2 jam 30 min. Walhal Vietnam ni sebelah China. Hehehe....
@ LCCT nie...
Bole dikatakan penuh juga penumpang nk ke sana...Kebanyakannya muka2 mereka mcm rakyat Msia je...yelah lg pon dah nak seminggu nk posa masa tu...Drg nk shopping raya kot. Termasuk la aku sekeluarga....
Bergambar kat airport Vietnam....
Sampai je ke airpot Vietnam hampir jam 10.15 pagi....waktu disana awal sejam je dr Msia...kami menyewa sebuah MPV besar muatannya yang bole masuk dalam 9 org. Driver tu terus membawa kami ke hotel yang bernama Hotel Hai Long 2. Hotel ni berdekatan dengan Pasar Ban Thanh (Pasar yang femes dan ramai rakyat Msia disini). Harga tidaklah terlalu mahal...dalam rm180/hari. Kami terus check in dan berehat sebentar di bilik.
Hotel HaiLong 2 bersebelahan dgn Hotel PinkGate2
Dalam jam 1.30 tgh hari kami pon makan tengah hari di kedai halal berdekatan dengan hotel....jalan kaki lebih kurang 200meter....Nama kedai tersebut ialah Restoran UN Halal...bole tahan la masakan disini....tp mahal sedikit sbb nasi goreng harganya rm9.50....air jus buah pulak rm6.90....ermmm apa nk buat ini kedai masakan halal...makan je le....


@Restaurant UN Halal
Sesudah lunch bersama, kami pon berjalan2 disekitar kedai disitu. Berbagai-bagai barangan yang dijual....ada kasut, beg, baju dan lain-lain yg aku rasa pelik2 pon ada....tp aku cuma servey dulu, kalau berkenan esok baru nk pegi beli... 
Signboard yang menarik dan murah2
Kedai helmet sempoii
Malam dikawasan hotel kami tu ada night market...mmg panjang giler...puas berjalan smpai melecet kaki...anak kecil aku tinggalkan dulu bersama nenek mereka....so, senang sket la aku nk balik lewat sket ke bilik...Malam ni aku dan hubby start la shopping sket2....antaranya kasut clarks utk anak, baju tshirt, hiasan dinding, seluar jeans, makanan ringan...sbb di sini harganya murah berbanding kedai. Balik ke hotel lewat 11.00 mlm...pastu mak dan abah turun ke situ...night market ni tutup jam 1.00 pagi. Buka jam 7.00 mlm. Pasar Ban Thanh je yg tutup jam 7.00 mlm.
Pulut mcm2 kaler...ada hijau, biru, merah
me @ night market
DAY 2
Bangun seawal pagi....anak2 semua dan awal bangun....then, breakfast dulu di hotel....makanan yang dihidangkan di hotel ada yang aku bole makan dan ada yang aku x bole makan....Last2 aku makan roti dan jem sahaja....nasib baik bawak bekal tuna....ada la selera sket....



Dalam Pasar Ben Thanh....bentan dibuatnye...

Tailoring one day? wow...
Setelah bfast, misi kami ke Pasar Ban Thanh pulak....byk acara dan duit mahu dilaburkan...hehehe...Aku berdoa agar anak2 aku tak meragam....utk bg mereka tak meragam, aku sogokkan dengan toy...diam semua...hahaha noty mama dia ni...So, masuk je Pasar Ban Thanh, aku pon shoping la mcm2 kedai....kain2 cotton la destinasi utama...sempat borong dalam 20 helai utk buat bisness balik nnty...lps la tiket flight. My hubby dan Abah siap tempah kot dan seluar....jahit sehari je. Siap tailor tu hantar ke hotel. Harga pon mmg cheap. Dengar drg tempah baju, aku nk la juga tempah. Jupe satu kedai (No.209) siap jahit  1 hari + kain + lining  org tu charge rm120. Kira okla kan....Mak tempah sampai 3 psg. Huhuhu....
 
                             Mak @Pasar Ban Thanh
 Baju Kurung Murah...

Dah siap tempah baju, kami jalan2 lg kat situ mencari baju anak2 pulak....Hasilnya dpt la juga kemeja polo, legging dan sandal utk mereka....suka la sgt....jalan lagi, jupa pulak FM nk bg utk kwn opis sbg kenangan. Yg peliknya, ada juga baju kurung yang dijual disini wpon org vietnam tak pakai pon baju kurung....huhuhu

Oh my Cotton!
Ok, habis bab Ban Thanh....kami jln2 di sekitar situ....Mak sedara kami membawa kami berjalan ke satu kedai 'Cotton Shop' yg mmg heaven lah....gile2 babe! Sempat jugalah memborong 2-3 psg baju cotton utk anak2....hehe kat situ juga ada jual lapik meja, bekas tisu, bag dsb...
Sambil2 jalan, sempat lagi amik gambar menarik disekitar bandar Ho Chi Minh.....Antaranya beca ini...pelikkan?
Siap ada plate number lg...kau hader?
Sambil2 menunggu mak dan mak sedara bershopping dikedai2 berhampiran, kami sempat juge minum air kelapa....rasa air kelapa dia mmg fresh la...tak payah letak air gula lg....
Kami juge sempat membeli kacang lotus @ teratai utk dibawa pulang ke Msia...ada juge kwn2 yg kirim dan ada juga nk bg kepada kwn utk rasai kacang ini....kat Msia xde, tu pelik kan.....
Alangkah nikmatnya...
Ulam dan sambal dimakan begitu saje....
Setelah penat seharian meronda, kami makan kt sebuah warung muslim berhadapan dgn hotel...iaitu Kedai Basiroh....kat ctu nasi lemak ada, nasi berlauk ada dan yang paling special 'Vietnam Beef Noodle'....mmg sedap...dihidanglan pulak dengan ulam2am dan sambalnya....owesomelah! 
Vietnam Beef Noodle
Dah kenyang....kami pon balik ke bilik hotel semula...simpan smula brg2 yg dibeli punyalah byk td....anak2 semua dah keletihan....so, aku tidokan anak...hehe actually ada perancangan dgn en hubby....kitorg nk pegi 'foot massage'. Kedainya x jauh dr hotel kitorg tu...nilah antara kedai2 footmassage tu....


Footmassage *(pic by Google)
Balik ke bilik, semua kepengsanan termasuk aku dan hubby....mmg syok hari tu bershopping. Semua brg yg nk semua dpt...termasuklah brg2 yg dipesan oleh kawan2...Esok malam kami akan bergerak pulak ke Msia...Tapi kami ada aktiviti lawatan ke tempat2 menarik sekitar bandar Hon Chi Minh.....

Psst : Tggu part 2 pulak ye...Family Trip ke Vietnam....

Klu korg nk tau lebih lanjut psl Vietnam...layari http://www.vietnamtourism.com/ byk info2 menarik kat situ....

Tuesday, February 19, 2013

Family Trip to Padang & Bkt Tinggi Indonesia

Kali ni aku nk bercerita pengalaman pergi ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia...aku pergi bersama Abah, Mak, Kakak dan Thariq...mmg mula2 xder pon rancangan nk ke sini. Tapi bila tgk harga tiket Air Asia pada  masa tu murah...RM8 je seorg, apa lg perkabaran gembira buat aku dan semua rakyat jelata...bincang dgn mak, mak pon setuju...Mak pulak mmg suka beli kain sulam, lg pon Mak kan kaki bizness...So, total cost utk seorg sekali airport tax just RM60/2way...heheh mmg best la...

Day 1
Kami amik tiket awal subuh...dalam jam 6.50pg waktu tempatan...semua anak2 mengantuk, maklumlah jarang bangun pagi...kira drg mandi pon ala2 mandi burung je. Pastu check in di LCCT dan tggu di boarding room sehingga pengunguman trip ke Padang...Bila dah diumumkan, kami pon menaiki ke pesawat yg dituju...Boleh tahan juge ramai penumpang yang hendak ke sana...Ada yg pulang ke kampung dan ada juga yang melancong macam kami...Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 min je...Padang terletak di kepulauan

Otw ke Bkt Tinggi, kami menyusuri jalan dimana sepanjangnya ada sungai yang sangat jernih, segar dan hijau je mata memandang...Sape kata Indon kotor, tak semua tempat kotor ok....Pas2, kami lihat Pasentren (Pondok Belajar Agama Islam) yg adalah dalam 5-6 buah...Ooo rupanya, org Padang/Bkt Tinggi ni kebanyakan beragama Islam...
Breakfast @Restoran Minang
Dalam perjalanan, Abg Tris membawa kami ke Sate Padang...ala2 sate minang la juge...mmg masa tu sgt lapar. Yerla smpai pagi kan...kami makanan nasi padang dimana lauknya sudah terhidang diatas meja...

So, lepas mengenyangkan perut, Abg Tris terus membawa ke hotel yg kami dah booking awal lgi...Nama hotel itu ialah Hotel Champago...harga utk satu malam RM190...taraf hotel ni 3 bintang...
@Hotel Campago, Bkt Tinggi...Indonesia
Apa yg special bilik ni, ia mengadap bukit bukau dan udara wahhh sgt mendamaikan serta daun2 yg hijau menyegarkan mata memandang...sesuai la bg pasangan yg ingin berbulan madu...hehe

Day 2

Kami bangun awal...tp cuaca masih gelap...rupanya waktu disini lambat berbanding di Malaysia...Anak2 semua excited bersiap2 utk pergi breakfast dan berjalan...Apa yang paling penting, I dan mak nk pegi shopping lah! hehe...
Bila semua dah isi perut masing2, kami pon sempat lg bergambar dikawasan hotel sementara menunggu Abg Supir Tris datang...kami amik package lawatan dgn Abg Tris saja memandangkan ia nya murah dan kenderaannya yg disediakan selesa iaitu Toyota Avanza. Dalam masa sentengah jam abg supir kami dtg...dia membawa kami ke Pasar Atas @ Pasar Gadang di area Jam Gadang.

Setelah siap shopping sehingga kering dompet dibuatnya, kami bole berjalan2 sekitar jam Gadang...sambil melayan anak2 naik kuda yg boleh membawa trip berjalan2 dikawasan itu...charge utk naik kereta kuda cuma 60,000rp (RM20) je seround. Asal lps hajat anak2 kan...

Lps tu kami pon pusing2 melawat tempat bersejarah di area ctu..antaranya Lubang Jepang, Muzium MinangKabau, Rumah Hamka dan Danau Malinja. Ok la nk cite satu persatu pasal tempat yg I lawati ni :-
1) Lubang Jepang
Iaitu terowong yang dibina pada tahun 1942 untuk pertahanan tentera Jepun dibawah pemerintahan Jeneral Watanabe.  Lubang Jepang mempunyai pjg 1400 m dan lebar 2 m. Memasuki Lubang Jepang ini dan dengan menelusurinya kita akan merasakan sesuatu yang sangat unik. Didalamnya terdapat ruang makan, ruang minum, ruang penyiksaan, dapur dan ruang senjata. Pintu masuk Lubang Jepang ini terdapat dibeberapa tempat seperti  di tepi Ngarai Sianok, Taman Panorama, dan disamping Istana Bung Hatta atau Tri Arga.

2) Muzium MinangKabau 
Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka menjadi tarikan pelancong di Tasik Maninjau, Sumatera Barat,Indonesia. Muzium ini terletak berhadapan dengan Tasik Maninjau.

Terdapat pelbagai gambar, barang peninggalan , buku kepunyaanulama Nusantara, buya Hamka.
3) Danau Malinja
Melihat scenery Danau Malinjau ni sgt syok tau...mana taknya, ia terletak diatas pergunungan dan dibawahnya terdapat tasik. Klu di Msia, mcm kat Cameron Highlands la...Abg Tris membawa kami ke sebuah gerai yg kecil diperbuat daripada buluh beratapkan nipah utk menikmati secawan kopi. Sambil menghirup kopi kami menikmati pemandangan sekeliling...Mmg satu experience yg tak dapat dilupakan...


Sebelum pulang, kami sempat membeli brg2 cenderahati kpd kawan2 dan sedara mara...Mak dan abah sgt seronok...begitu jua i...ni last pic yg i ambil setelah sampai Msia...yess lah!

Umrah (Makkah Al Mukaramah & Madinah Al Munawarah)

*Kenangan bersama suami di hadapan Masjidil Nabawi
Pengalaman i pergi ke umrah bersama suami mmg tidak dpt dilupakan sampai bila2...Impian i termakbul setelah sekian lama berdoa semoga dapat memijak tempat suci ini...Pada masa tu anak-anak tinggal dgn mak  dan mak mertua..Mmg sedih la sbb tinggalkan mereka kerana selama nie mana pernah berpisah dgn mereka... 

Sebelum bertolak ke Arab Saudi, kami melengkapkan diri dengan berkursus umrah under Andalusia (Travel Ejen yang mengendalikan pakej umrah). Kami menaiki pesawat dr Kuala Terengganu dan tiba di KLIA slps 45min. Masa di KT ramai yang menghantar kami...emak, mentua, anak2 dan sanak saudara. Rasa macam nk gie buat haji pulak...Sampai di KLIA, rombongan kami berkumpul di satu tempat bagi memudahkan pihak Andalusia memeriksa butir2 kami serta passport umrah...sambil itu mereka juge memberi penerangan ttg perkara wajib dan larangan apa yg patut ke sana...Sesudah semua selesai, kami pon bergerak dgn menaiki tren ke penerbangan Arab Saudi....agak jauh juga jaraknya terminal kami sbb pesawat tu agak besar iaitu pesawat jumbo (dua tingkat).

Lepas satu bab....ni bab masa dalam flight pulak...perjalanan mengambil masa 8 jam...seat Saudi Airline agak kecik menyebabkan sukar utk duduk dan tidor...Rasanya Air Asia besar sket...Tp malas nk komen byk2 sbb mak dah pesan jgn mulut x bole ckp lepas2 klu nk ke Tanah Suci...Makan lak, mmg byk kali...rasanya ada 3 kali...tp makanan yg dihidangkan tak la mcm di Msia ada nasik dan lauk pauk...huhu...ni ada spagetti,roti arab,daging bakar...makan aje la wpon bkn selera kita...apa2 alhamdulillah

Madinah Al Munawarah

Sampai di bumi Madinah...perasaan gembira bercampur sedih...mengalir juga la air mata ...kami memohon agar ibadah kami di tanah suci ini diterima oleh Allah swt  amin...Oklah, kami smpai sana dlm jam 2.30 pg (waktu sana) 7.00 pg (waktu tempatan)...terus mutawaif kami membawa ke tempat penginapan yang disediakan. Nama Hotel tu, Hotel Durrat Al Fayroz...lokasinya tidak jauh dari Masjidil Nabawi...kira jaraknya dalam 500m la utk jalan kaki...Kami diberikan kunci serta penerangan utk lawatan keesokan harinya...walaupon waktu jam 2.30pg, aktiviti menjaja dan umat islam ulang alik ke masjid tetap rancak disini...Madinah adalah tempat dimana Rasullah saw mula berhijrah dari Kota Mekah...org2 Madinah sgt baik...mmg patut pon agama islam mudah diterima oleh penduduk disini...
* Berhadapan dengan hotel di Madinah
Keesokan harinya, mutawwif (wanita) membawa kami ke sekitar dan dlm Masjidil Nabawi. Sebelum masuk ke dalam masjid tersebut, terdapat sebuah pintu dinamakan 'Babussalam' bermaksud pintu yang menjadi laluan Rasullah saw suatu ketika dahulu. Tetapi pintu itu hanya dibuka utk org lelaki sahaja. Selain itu, didlm masjid itu terdapat makan baginda Rasullah saw dan para sahabat baginda. Mmg ramai yg menziarahi makam bagida kecuali jika kita diberi rezeki dr Allah, kita dipermudahkan untuk menziarahinya. Tidak jauh dr situ, terdapat sebuah tempat yang namakan 'Raudhah' iaitu dinamakan Taman Syurga...'Raudhah' adalah tempat dimana baginda solat dan menyebarkan ajaran islam...dikawasan itu, terdapat karpet hijau, dimana kita digalakan melakukan solat dhuha dan solat sunat sahaja. Solat hajat tidak digalakkan...


Kemudian, kami dibawa menziarah Jabal Uhud iaitu bukit terbesar di Madinah...mengikut kisah Rasullah saw dahulu, lembah Jabal Uhud ini pernah menjadi saksi perang kaum muslimin yang dasyat seramai 700 org melawan kaum Musyrikin Mekah seramai 3000 orang. Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang syuhada,antara lain Hamzah bin Abdul Munthalib paman Nabi Muhammad SAW. Ditepi gunung tersebuat terdapat perkuburan yang menempatkan para syuhada. 

* Jabar Thur

Disini juga terdapat pasar kurma yg menjual kurma serta makanan dan brgn2 lain yg cukup murah...harganya 2 kali ganda lagi murah daripada di Mekah...so atas nasihat kawan yg memberitahu kami dia pernah kesini...kami pon membeli kurma dan brg2 lain disini...
* Pasar Kurma di Jabal Thur
Selepas itu kami menziarahi Masjid Quba (iaitu masjid yang pertama dibina oleh Rasullah saw) semasa baginda mula2 berhijrah ke Madinah...Sebelum pulang, kami sempat membeli kurma, tamar, zaitun, kacang2 dan tasbih di kawasan situ...mmg murah...tips membeli klu hendak membeli kurma, belilah di Madinah kerana di Mekah, harganya dua kali ganda.
* Berhadapan dgn Masjid Quba' 


Kami tinggal di Madinah selama 3 hari...setiap hari, pasti 5 kali ke Masjidil Nabawi menunaikan solat...sungguh seronok lebih2 lg bila melihat semua manusia berpusu2 utk beribadah...

Makkah Al Mukaramah

Kami meninggalkan Madinah dan menuju ke Mekah siap berpakaian ihram...kami diberi taklimat oleh mutawwif bagaimana ibadah umrah dijalankan...berikut adalah tatacara perjalanan umrah kami :-

PERJALANAN IBADAT UMRAH
  • Mandi sunat ihram (siap2 mandi sunat di hotel ketika di Madinah lagi)
  • Melaksanakan kerja-kerja sunat ihram (antaranya memakaian baju ihram)
  • Pergi ke Miqat di Tana’im atau Ja’ranah (kami Miqat di Masjid Ja'ranah, di Tana'im bg yg tggl di Mekah)
  • Solat sunat ihram dalam masjid (kami pon bersolat sbyk 2 rakaat) 
  • Niat umrah (membaca niat bersama2 jemaah lain)
  • Jaga pantang larang dalam ihram ( 13 pantang larang )
  • Balik ke Mekah (menaiki SUV yg disewa terus ke Masjidil Haram)
  • Banyakkan talbiah sepanjang dalam ihram (Labaikallahummalabaik, labaikkalasyarikalakalabaik, innahamdawani'atmata, lakawalmulk, lasharikalah)
  • Tawaf Umrah di Baitullah 7 keliling (bermula dr tanda lampu hijau)
  • Bacalah apa-papa doa yang termampu (baca doa mengikut buku panduan umrah)
  • Solat sunat di Multazam, Maqam Ibrahim dan lain-lain (solat sunat 2 rakaat)
  • Berdoa ditempat mustajab
  • Minum air Zam-Zam sepuas-puasnya dan niat (sangat sejuk rasanya...memberi tenaga untuk meneruskan saie)
  • Saie antara Safa dan Marwah 7 kali ulang alik (berlari-lari anak...biasanya wanita hanya berjalan kaki...)
  • Berdoa dengan apa saja doa yang termampu (menghadap ke Kaabah)
  • Bertahlul (bercukur / bergunting) di Marwah 
  • Berdoa semasa bertahlul
  • Maka gugurlah 13 pantang larang dalam ihram
  • Maka selesailah pekerjaan umrah (Alhamdulillah)
* Makan dalam dulang bersama 4 org...pengalaman x dpt dilupakan...
* Bersama Kak Lin iaitu kenalan ketika berada di Makkah dan Madinah


* Berada di depan pintu Masjid Nabawi 
* Bergambar dpn Gua Hira'
* Jabal Rahmah 
* Bersama kenalan dari Uzbekistan


* Berjalan kaki 4 km ketika Sa'ie
* Selesai melaksanakan tawaf sbyk 7 kali


* Bermiqat di Tana'im
* Dihadapan pintu King Abdul Aziz, Masjidil Haram
* Menunggu penerbangan dari Jeddah ke Malaysia

Family Trip to Bandung and Jakarta

BANDUNG dan JAKARTA...adalah syurga bagi org yg suka menyoping...menghabiskan rupiahnya yg berjuta2...sesiapa yang pergi Indon pasti kaya la sbb kat sana kita akan bwk berjuta2 rupiah...hehehe 

Kali ni adalah trip bersama family disebelah suami pada 2 Jun - 6 Jun 2011...Pak, Mak, Kak Long & family, Kak Ngah & family, me & family dan Adik...Kami bermalam dulu dirumah Kak Long dekat Shah Alam...semua keluarga berkumpul disitu...So, kami bergerak ke LCCT dengan menaiki kenderaan sendiri dan parking di airport saja....kat LCCT, klu pandai cari tempat parking, charge hanya rm16/day saja...tp jauh la sket kena jalan kaki...Semua ahli keluarga dah berkumpul...kami pon check in dan tggu di boarding room....jam 2.45 ptg pesawat Air Asia kami pon berlepas ke Jakarta....
@LCCT berlepas ke Jakarta
Penerbangan mengambil masa 2.15 jam....anak2 semua x mau tido sbb dah over excited sgt...termasuk la mak2 budak...hehe Kami sampai di Airport Jakarta je, abg supir dah tunggu kami...tak la kami tggu lama2 dekat airport tu...pak supir bawak kami makan dulu memandangkan perut lapar sgt sebelum check in ke hotel....
Waduhhh sudah sampai ke Indon rupanya.....
Kami makan di Restoran Masakan Padang...tp turun je van, peniaga jalanan terus mengekori kami...mcm2 drg jual...ada wallet, tali pinggang, key chain dan mcm2 lagi...Aku ada la beli sket2 sbb kesian jugek tgk drg yg merayu2 tu....mgkin inilah sumber pendapatan mereka....

Dah siap makan, pak supir hantar kami check in hotel yg telah dibooking awal2 oleh travel agent kami...hotel yang berdekatan dgn bandar Jakarta....setiap keluarga kira dapat satu biliklah....

TO BE CONTINUED.....



Sunday, February 17, 2013

Short Trip to Singapore

Kami pergi ke Spore ditemani oleh tourist guide yg x bertauliah, Mr Razi or PapaRazi(best fren Papa masa kat UTM dulu)....Mula2 sampai kami tido kat rumah Mr Razi di Kota Tinggi, Johor...lagipon lama dah x jupe wife Razi...bertolak dr Kuantan dlm tgh hari then maghrib baru sampai Kota Tinggi...

Keesokan harinya baru bergerak ke Spore...Actually masuk ke Spore balik hari je sbb Papa just nk pi tgk showroom Ducati kat Bedok (tak silap nama tempat tu)...Kat bawah ni antara pic yg sempat i candid dgn ala gaya model superbike si cilik...
*Mama yg stylo...ahaks!
*Thariq suka Diavel, papa...
*Streetfighter...idaman Papa
*Mama dan anak pon minat juge...
*Ini pon ok...superbike juga...
*Papa dan Mr Razi with naked superbike...Diavel

























Dengan adanya Mr Razi, senanglah hidup kami...mana taknya request je mana nk pi jalan2...


Second place pulak, kami pi makan2 kat Arab St...tempat nie mmg jadi kewajipan klu dtg Spore...tempat ni jika diikut sejarah, tempat perdagangan pada zman dahulu dimana peniaga2 Arab, Cina, Melayu dan Boyan berniaga disini...itu dipanggil 'Arab Street'. Bangunan2nya yang lama menjadi mercu sejarah disini. Tetapi harga makanan disini sgt mahal. Bayangkan kuih talam 3 biji harganya S$2 (RM4.50)...belum lg makan nasi dan lauk pauk kan...

 Luncheon at Arab Street 
Kiosk2 di Arab St mcm ada jualannya...i sempat la beli keychain, fridgemagnet dan tshirt untuk dijadikan kenang-kenangan utk keluarga dan kwn2. Walaupon harganya mahal tp brg2 ni jarang sekali kita beli kan...
Sekitar Arab Street
Tshirt, Key Chain, FM dll
Kiosk yg cantik2 dan menarik minat pengunjung



Thursday, February 14, 2013

Trip to Guang Zhou & Shenzen

Day 1
Perjalanan dari Kuantan ke KL ke berkonvoi 3 buah kereta (family Yusdi, family Razman dan family Riduan)....memakan masa 4 jam sebab singgah Karak makan durian.....di Karak duriannye fresh sbb baru dipetik dr kebun di Raub....durian paling best ialah musang king, 101 dan D24....Kemudian gerak ke KL....flight kul 8.30 mlm...Alhamdulillah xder flight delay...seramai 30 org, termasuk family dan staff YYA yg turut serta....sampai di GZ jam 12.30 mlm....rupanya time zon Msia dan GZ sama je....kami pon check hotel sbb kemengantukan....zzz
*musang king terbaekk! Nak kasi panas badan sblm ke China...hehe
Day 2
Bangun pagi dan bfast....nasib baik bwk bekal roti dan nescafe....hehehe bukan apa, tau2 je la makanan di China kan....sbb halal atau tidak kita tak tahu....tp tekak tu rasa kembang la juge....lepas makan, kami melawat ke Kedai Sutera di Shen Zhen....pejalanan makan masa 2.30 jam....di sini, bole tahan jg la harga suteranya...dlm range rm100 keatas....ada juge kain sutera dijadikan cadar....sblm kami keluar, kami sempat minum teh laici...
*Ni kat depan kedai sutera tau...kat dlm x bole snap...

Travel ejen membawa kami makan di Restoran Halal sekitar bandar GZ...1st time aku melangkah ke Restoran tu, rasa mcm pernah tgk je kat rancangan Rasal Halal Antarabangsa di hostkan oleh Farah AF2...
*Inilah Restauran yang masuk dlm Rasa Halal Antarabangsa tau
Ni antara menu2 yg enak dan menyelerakan...i mmg suka 'chinese food'...klu kat umah mmg suka masak especially sayur...ermmm
*Telor goreng kacang hitam
*Kambing goreng
*Sweet Sour Tauhu
*Brokoli (mmg like sgt2 la)
Day 3
* With mommy gojes @ Tmn Layang2
Hari ke3 kami di Shen Zhen dan akan bergerak ke GZ pulak.....tp sebelum bergerak, kami singgah melawat di Taman Layang2.....udara kat sini sgt dingin...rasa mcm cukup je oksigen...heheh mcm la selama ini xde oksigen ditempat lain...sambil tu, bole rehat2kan minda yg tensen bekerja sambil melihat anak2 berlari-lari main belon buih....PASTU pada ptg, baru la ptg nya dpt pegi bershopping kat pusat membeli belah terbeso di SZ....mmg mcm2 ada la kat cni...ada hdbeg, toy, ipad, hp,baju brabded semua....
* Abg Polis pakai basikal je....
* Kakak with her boots...murah je RM25/pair