Alhamdulillah akhirnya sampai jua kami menjejak kaki ke bumi negara matahari terbit ini...Betapa indahnya kurniaanmu ya Allah...masa kami sampai kesana cuaca dlm 21'c siang dan malam 17'c. Musim adalah penghujung musim bunga...kami tak sempat tengok sakura memandang cadangnya nk bercuti pada musim cuti sekolah.
Kami sampai ke Tokyo jam 8.30 mlm (7.30 mlm Msia time) dengan menaiki Air Asia-X (agak besar sket la seatnya). So, xde apa2 masalahlah semasa dlm penerbangan. Ayah saudara dan emak saudara (sebelah suami dr Kuala Terengganu) pon join sama sbb mereka nk melawat anak sulung (nama Along) drg belajar dan keje disana...So, credit la utk kami sbb ada traslater bahasa jepun...hehehe. Along dan juga sbg pemandu pelancong membawa kami menginap di hotel diarea Tokyo. Disini hotel dikira 'per head' bukan bilik...so klu dtg seorg, untunglah sbb dpt 1 bilik. Tp hotelnya sgt kecik, ruang untuk solat kecik je. Bila dah keletihan, kami pon tido sementara menunggu hari esok dgn bermulanya perjalananan kami.
Perjalananan mengambil masa 1jam 45min ke GPO. Sampai je ctu hujan gerimis mulai turun dan langit agak mendung. Wpon hujan, tp baju x basah pon...pelikkan? Di GPO (mcm kat JPO juge la).
Sini ada jual brg2 branded spt Gucci, Coach, Balenciaga, MK dsb...aku berkenan satu beg tu, tp price dia ermmm...sama je ngn Msia...aku patahkan hajat...cuma target aku nk cari kamera dslr yg ringan. So, dpt lah sebijik kat butik NIKON. Yeay...! siap kaler pink lagi. Harga dlm rm1000, compare kat Msia dlm rm1600.
Dah letih mata, barulah rasa lapar perut...Along ajak kami makan dulu dekat food court disitu....kami try makanan Jepun, namanya Udong...sedapjuga ala2 mee sup tp mee dia kasar sket. Sebekas nearly RM30 (900 yen)...mahal gilerr...tu sbb keje di Jepun gaji mahal...
So, selesailah di GPO...baru hendak bergerak ke Mount Fuji, malangnya cuaca tak mengizinkan kami...huhu sedey sgt sbb gunung ni menjadi tarikan utama di Jepun...kami pon berpatah balik ke Tokyo...
1 Day (29 June 2013)
*Welcome to Airport Haneda, Tokyo...Dijemput oleh Along |
2 Day (30 June 2013)
Hari ni adalah trip ke Fuji Mount dan Gotemba Premium Outlets (GPO). Kami bfast dihotel saja sbb hotel tak menyediakan bfast (pelik juga hotel di Jepun ni)...nasib baik kami ada bawak bekal spt sambal tumis, bilis, makanan segera dan beras. Along menyewa sebuah kereta MPV baru rm600/hari. Mahalnye...biasalah Jepun, mmg x leh nk convert dgn Msia...Kami singgah dulu ke hostel Along berdekatan dgn Shiba...disbbkan Along kerja dgn Sykt Perkapalan, so majikan dia menyediakan asrama utk pekerja.*Posing jap kat asrama Along...sbb bunga2 ni cantik sgt... |
*Gotemba Premium Outlets |
*Pic from Google |
*Baru nk belajar makan Udon dan tempura guna chopstick... |
3 Day (1 Julai 2013)
Hari ni adalah hari yg dinanti oleh anak2. Hari ni juge adalah trip ke Disney Tokyo, diantara program utama lawatan ke Jepun. Pagi2 bebudak semua dah bangun...kami bergerak ke sana dlm jam 9.00 pg dgn menaiki tren (mcm komuter)...dlm sejam juga la baru smpai ke Disney Tokyo...yuran masuk dlm rm200/head. Kanak2 free je...so, untung dah kami kat ctu. Masuk2 je dah nmpak pintu gerbang 'Welcome to Disney Tokyo'...apa lagi semua ambik gambar la...ni lah moment paling mahal skali spjg kami disini....*@Disney Tokyo |
*Sekitar Disney Tokyo |
*Sekitar Disney Tokyo |
*Disney Parade |
4 Day (2 Julai 2013)
Destinasi pada hari ini ke Osaka...utk pergi kesana kami terpaksa menaiki bullet tren dan train sebanyak 4 kali kalau tak silap...kami hanya membawa pakaian dan makanan yg mencukupi...beg besar kami simpan diloker berhampiran dgn tren station...Nk cite pasal 'Bullet Tren' pulak...mmg hebatlah bullet tren kat Jepun ni...bayangkan dr Tokyo ke Osaka jauhnya 500km (ibarat Kuantan-KL-Kuantan)...perjalanan mengambil masa 3 jam sahaja...Berbagai-bagai permandangan yg kami lihat...antaranya Mount Fuji, kawasan sawah dan kaw perumahan org2 Jepun...*Bullet Ten from Tokyo to Osaka |
*Shushi time y'll! |
*Trademark di Osaka |
5 Day (3 Julai 2013)
Hari ni kami nk jenjalan ke Nara (iaitu Taman Rusa)....mcm biasalah nk kesana kita kena menaiki tren...tp tak la jauh sgt...perjalanan mengambil masa 15 min saje...dr tren station ke Nara jauh juga kami berjalan ...oleh kerana sepanjang jalan terdapat kedai2 yg menarik utk disinggah, so tak la rasa jauh sgt. Sampai di Taman Rusa, kami terkejut melihat rusa-rusa disitu jinak sgt....ramai pengunjung memberi makan kpd rusa tu. Kakak dan adik x takut pon pd rusa...siap bole belai2 lagi....kami beli makanan rusa yg berharga 100yen...*@Nara |
*Japanese Historical Temple |
6 Day (4 Julai 2013)
*@Akihabara...Electronic City |
*Bye2 Haneda Airport.... |
No comments:
Post a Comment